sedikit gusar mimpi
2006-04-23 at 7:49 a.m.
Assalamualaikum wbr
Sebenarnya baru sampai je. Rasanye aku ade sent sms kat kawan kongsi mintak deletekan emel2 spam dalam inbox aku. Tp nampak gaya mcm tak dapat jer message tu. Penuh inbox. Argh! Tension. Aku malas nak delete spam2 tu. Hehe! Tatau nak suh sape, tkpela. Dah delete pon. Tapi x baca lagi, mata masih penat nak membaca. Tapi jari tak malas utk menaip. Kehkehkeh.
Camne Spain? Ada kejadian buruk berlaku. Lepas settle kan everything, terus message mr Kay. Thanx 4 being there. Ada 2 kejadian buruk berlaku, both of them berlaku on Friday. Mak kata, mungkin Tuhan nak ingatkan pada kitorg walaupun kita cuti2 mcm ginih, kita tak sepatutnya lupa bahawa hari Jumaat adalah penghulu hari dan sekurang2nya niat dan ingat pada solat Jumaat tu juga ada walaupun tak mampu nak laksanakan. Hurmm.. dahsat jugak ujian Tuhan ni. Satu2 'harta' kitorg lesap mcm tu je. Satu di jilat api, satu lagi di curi. Maha Suci Allah yang merancang segalanya.
Antara tempt2 kitorg pergi..
France - Paris + Disneyland
Masuk Spain - Bilbao [singgah kejap] Madrid, Seville, Jerez [lalu], cadiz [lalu], Gibralta, Cordoba, Granada + AlHambra, Barcelona.
Naik keta. N perjalanan pulang dari Barcelona ke Lufbra nie amek masa 3 hari gax, spatutnye dua jer, tp sbb traffic jem semalam kat highway hala ke paris. Mmg sesak x hingat dunia. Dari france ke UK kitorg naik eurotunnel. Masa pergi naik tunnel 1.85 masa balik naik tunnel yg besau tu. Lawak gax, coz sebnanyer abah salah masuk lorong. Hehe! Dpt merasa dua2 tunnel. Tapi x dpt rasa yang 2 tingkat.
Masa pusing2 dekat tempat2 tu, kadang mak ngun abah cite sejarah2. Tak pon abg ngah. Hehe! Diorg lg tau banyak cite pasal kejatuhan Islam dekat spain nie. Haru gax. Kalau ikutkan, satu andalusia ni macam kota, diorg ada hubungan antara satu sama lain. Yg aku igt, satu punca kejatuhan Islam di spain adelah materialistik. Khalifah dari Damsyik turun ke Andalusia utk memberi pertolongan dalam peperangan diorg, agak marahlah sebab raja2 di situ melebihkan harta sampai melemahkan iman diorg. Sampaikan patung2 haiwan yang diorg ukir tu di musnahkan oleh khalifah tersebut. Katanya inilah punca kelemahan iman. Kalau pergi dekat Medinat al-Zahara di Cordoba, diorg masih tak jumpa serpihan2 bahagian atas air pancut sbb kemungkinan besar telah di musnahkan oleh khalifah dari Damsyik tu.
Hurmm.. nak bangga pon tak boleh sangat. Sbb Islam jatuh. Tapi nak rasa kagum tu mmg ada. Bayangkan idup dalam tahun 1400 diorg dah boleh buat lantai marmar yang cantik dan ukiran dinding yang unik di tambah lagi dengan kekukuhan tiang2 bangunan dan kota. Mmg dahsyat gaxla. Kalau ikutkan, zaman diorg macam dah setaraf dengan zaman kita sekarang nie. Scrable diorg pakai ape? Batu marmar. Tak macam mat salleh, pakai kayu je. Medina Al-Zaharat sangat besa. Tapi kota yang diorg jumpe buat masa sekarang, masih boleh sampai ke tembok2 yang masih kukuh. Tembok2 tersebut adalah tembok2 kota diorg. Tembok2 tu SANGAT BESAR jaraknya. Subhanallah, tersangat besar. Kalau ikutkan ceritanya, ianya bersambung sampai ke kawasan cordoba, maknanya kat town2 tula. Kalau pusing belakang, akan nampak satu lagi bangunan sejarah terbiar dan aku yakin tu adalah sebahagian dari medinat Al-Zaharah. Sbb temboknya melepasi bangunan tersebut. Inilah kehebatan Islam suatu masa dulu, tp ianya tinggal sejarah. Mereka tak mampu mencipta sejarah.
Kalau pergi Al-Hambra, 3 generasi duduk dekat citu. So, nama2 Islam dah takde sangat. Contohnya tempat tentera org Islam dulu2, mean mcm persedian barang2 perang gitulah, lepas kristian amek alih, tempat tu jadi tempat pembikinan arak. Jadi tempat tu di namakan wine gate kot. Kalau masuk kat satu taman nie, baulah buah anggur. Hurmm.. byk sangat nak cite. Aku pun malas nak cite. Sayu jugak sebenarnya nak cite. Hurmm.. kalau pergi mozquito pon sayu. Pasal masjid tu skang dah di keliling patung2 kristian. Sejarahnya kalau tak silap aku, dulu tanah tu adalah milik org Islam. Lpeastu diorg bina masjid. Then org Islam ada satu peperangan nie dan buat perjanjian dgn kristian, kalau diorg tolong diorg share masjid tu dengan kristian. Which mean sebahagian tempat solat Islam sebahagian cathedral kristian. Lepastu org Islam beli balek, ntah camne perjanjian tu kristian langgar kot and diorg amek seluruhnya. Tgk, lupe dah. Hahaha! Tanye org yg pnah gie spain.
Banyak cite suka dan duka kat sana. Kitorg nie bebetul mcm traveller. Hahaha! Kadang2 tido dalam kereta. Kadang2 tido kat hostal tepi jalan. Kadang cari hotel kat bandar terdekat. Hikss.. kalau ikutkan plan kitorg tido dalam kemah 3 kali. Hotel 3 kali gax. Tapi lepas kejadian kebakaran tu plan terpaksa tukar. Sbb kemah dah takde, terpaksa cari tempat tido n kadang2 tido dalam keta kalau tak jumpa. Hehehe! Nak wat camne deyh. Skali skala merasa susah apa salahnye. Takkan setiap kali holiday nak senang je. Kita x nak lah jadi mcm mat salleh, tak boleh susah ckit.
Pasal kejadian kebakaran tu, mmg fes time ever in my life nampak api sebesar tu betul2 depan mata. Sejak dari tu aku agak fobia dengan idop aku. Ckit2 pk hotel terbakar, sekejap2 pk keta terbakar, mcm mind aku asek pk api api api api. Teruk gaxlah. Bila pejam mata, mcm nampak api, sampai tak boleh tido sbb takut. Teruk tak? Citenye camnie..
Hari Jumaat 14 April 2006 adalah hari Good Friday bg org kristian menyambut sempena hari Jesus diorg di salibkan, gitulah lebeyh kurang. Petang2 kitorg sampai camp site. Dah pasang kemah. Nie second time gune kemah tu. Fes time kat france. Masa nie kat seville kalau tak silap arh. Kitorg rehat2 lam kemah, makan2 sat. Pehtu solat. Then mak ngun abah kluar gie carefour cari barang, balek tu parents kate kedai tutup sbb easter. Dahtu, kitorg pon start masak. Aku, mak, abang ngah n abah. Kitorg ada satu dapo kecik nie, masa pakai gax la. Tapi die mmg dapolah, kecik je. Mula aku guna mende tu utk masak nasi. Then abg dpt idea guna penunu bunsen, tahukan menatang tu? Sbb kitorg nak masak daging salami.
Mak aku dpt idea, swap. Dapo masak daging, penunu masak nasi. Aku pon masak daging, abg jaga nasi. Dah settle abah basuh sayo, aku potong2 sayo. Daging serahkan kat abg, mak jaga nasi. Siap daging, masak ikan masin. Masa tu aku potong daging yg baru pas masak tu. OK, aku cite kedudukan sebelom bende tu terjadi. Kemah kitorg besa, ade 3 bilik. Masa kitorg masak mengadap pintu kemah besarla. Kire kitorg duduk kat ruang tamu. Aku duduk tengah2, abg ngah belah kanan, mak belah kiri. Kemah belah kanan kemah aku, ade brg2 aku, kemah tgh which is belakang kitorg kemah dak2 laki, n kemah belah kiri parents punya. Masa tu dalam kemah ada semua org kecuali abah dan uda. Adek masa tu duduk kat belakang abg ngah, between aku ngun abg ngah. Achik dalam kemah belakang, tengah.
Dalam kemah kecik, laluan hanya ada satu jer iaitu dari pintu. Yang lain semua tertutup takde jalan keluar. Kemah besar, dia mcm terlangkup jer. Obviously ada jalan keluar lah kalau tarik kain tu ke atas. Boleh je kelua ikut tepi2 tu.
Masa abg ngah tengah masak tiba2 angin tiup kuat sangat. Api terpadam. Cuba pasang api tak berjaya. Cek gax, upenyer abes. Then tuka gas, tu yang dapo kecik punye. Dah berjaya tu baru prasan yang penunu bunsen pon terpadam apinye. Abah masa tu baru datang, n gie amek gas baru. *Seram bile pk balek* Abah pon trylah bukak2 semua. Aku tataula abah reti ke tak buat sebenarnya sbb biasanya abg ngah buat. Tapi aku ketegorikan dalam cuai gax la. Masa dah bukak jaring penunu keluar dari gax yg lama, abah try nak masukkan dekat yg baru. Abah tersilap masuk, bukan silap masuk, abah cam lambat masuk. Gas tu sepatutnya lepas cucuk lubang kene terus sambung masuk supaya gas tak keluar.
Al-kisahnya, lepas tercucuk tak tersambung pulak. Masa tu aku nampak gas dan mcm menggelegak dekat tangan abah. Abah cemas. Abah tanya kenapa ni. Tiba2 api membesar. Betul2 depan mata aku. Aku panik giler, sbb aku x nampak apa selain api yg besar tu. Api tu betul2 kat depan pintu kemah besar. Masa tu, kitorg pusing terus masuk kemah kecik yang dalam tu ade achik. Takde jalan kelua. Serius. Masa tu dah panik. Abg ngah kata koyakkan, tarik, tolak mende ntah lagi. Yang penting masa tu mmg kitorg mmg cuba koyakkan kemah tu sbb nak lari dr api. Achik n adek pon ada dalam turh. Tolak punya tolak, last2 berjaya gax keluar. Masa keluar tu nampak api besar jugak, tp org2 lain tgh cuba padamkan. Masa tu togel jer, takde tudung. Tudung aku terbakar tgh2, sabau jerlah. Then masuk keta amek jaket abg ngah buat tutup kepala, kehkehkeh! Tergamam giler masa tu.
Tuhan jer tau perasaan aku masa tu. Takot n mcm2. Keadaan abah paling teruk. Mula2 x nampak sangat, dari sehari ke sehari, nampaklaa makin terus sbb menggelupas kan yang terbakar tu. Lepas api terpadam, kitorg kemas everything. Abah duk lam kete sbb teruk gax tgk keadaan dia. Dia mintak maaf kat kitorg pasal die x dpt tolong. Kitorg ckp takpe. Kemah2 tu kitorg bersihkan n buang jer kat citu. Makanan2 semua terbakar dah. Barang2 yang masih elok kitorg simpan, yang hangus di buang. Lepas api padam tu uda baru sampai dr bilik air, die blur tatau ape2. Means bende tu berlaku sangat cepat.
Punca kebakaran tu sbb gas yang abah bukak tu terkena api dapo yang abg ngah guna. Sbb tu kemah aku paling teruk kena. Sleeping beg aku sebahagiannye angus, sleeping beg kesayangan! Waaa! Pasrah je. Naseb beg terselamat. Tak byk barang. Beg baju tak bawa kelua lagi. Abg ngah dia kata muka dia rasa panas satu hari tu. Jari aku pon agak panas mungkin sbb aku masa tu nak tup muka kot, tp tangan duk pegang pisau. Adek rambut die terbakar ckit2. Ekekeke! Comel jer dia. Rupanya ada hikmah sebelom kejadian tu. Mmg Tuhan dah merancang dan Dia mengatur sesuatu.
Sebelom kejdian berlaku, mak nak duk kat kemah aku. Tapi aku rebut balek. Then mak mengalah. Achik dan adek taknak duk kemah aku, penat aku pujuk. Last2 aku duk sorg. Dalam kemah aku ade beg galas, beg plastik berus gigi ngun sleeping beg je. Kalau mak letak barang dia citu, mmg penuh sbb ade sleeping beg, beg duit, beg pasport, beg baju n mcm2. Kalo adek2 aku duk kemah aku, imagine achik main game dalam tu, api terus kene kat kemah aku tu n kena dia. Ya Allah, x dpt aku imagine sakitnye. Plus barang2 diorg pon penuh. Hurmm.. rupanya Allah masih sayangkan kami. Alhamdulillah kerana takda nyawa yang terkorban. Cuma keadaan abah jer yang sakit2 afterward. Tkpelah, ujian Tuhan sesungguhnya sesuai ngun kemampuan kita.
Tu arh yg berlaku. Moga Allah merahmati hidup kami sekeluarga. Ujian tu sesungguhnya utk mengingatkan kita bahawa kita telah melupai nikmat yang Dia beri dan barangkali terlupa untuk memuji2 Dia sepanjang perjalanan.