ingin aku coretkan
2006-04-24 at 2:09 p.m.
Assalamualaikum wbr
9.35 am
Aku pernah tanya diri aku, kenapa Tuhan aturkan hidup aku macam gini?
Aku cuba cari jawapan.
Hati kata, Tuhan bukakan satu jalan buat aku, Dia beri peluang untuk aku pilih jalan yang mana. Dan jalan tersebutlah yang membawa aku kepada hidup aku yang sekarang.
Akal kata, tak payah susah2 fikir. Tuhan dah merancang terima saja.
Kenapa akal jadi malas nak berfikir? Sedangkan akal lebih banyak menggunakan otak?
Entahlah, barangkali akal inginkan jawapan yang lebih mudah equivelant to logical answer.
Hati, lebih suka berkata-kata berbanding akal. Barangkali hati sangat suka mengira-ngira perasaan dan lumrahnya hati sangat sukakan sesuatu yang menenangkan. Kalau boleh sampai lubang cacing juga ingin di cari, ke mana perginya jawapan yang di cari.
Kenapa, agaknya aku membesar dengan dia? Dan jadi rapat?
Kenapa, aku tak serupa mereka yang lain, membesar bersama, tetapi telatah berbeza dan asing? Normakah jika aku katakan, hidup berbolak-balik apabila kita mengenali seseorang itu terlalu dalam atau bahasa sedapnya, deep inside of their heart?
Kenapa, aku?
Kenapa, mesti aku yang Tuhan pilih sebagai orang yang berada di sisinya ketika dia susah? Ketika dia buntu? Ketika dia keliru?
Kenapa, tidak mereka yang lain?
Kenapa, aku menjadi pilihannya untuk berkata lantaran meluah segala isi hati? Sedang aku diam membisu tidak membantu?
Kenapa, dia masih mencari aku walaupun aku tidak mampu memberi tangan?
Kenapa.. kenapa.. kenapa?
Aku bukan nak lepas tangan dari tanggungjawab.
Bukan.
Walaupun aku tidak sefikrah dengannya, bagai langit dan bumi, aku masih sayang dia.
Membesar bersama tidak sama dengan hidup bersama. Membesar bersama, lebih menghayati, dia dan aku lebih kenali, walau ingatan dulu sudah pudar. Itu dia, bukan aku.
Kalau dia tanya, perspektif aku jauh berbeza. Kerna kami hidup dalam dua alam yang berbeda.
Kalau aku hari weekend berada dalam jemaah mencari ilmu Allah, dia hari weekend berpeleseran di jalanan bergayut dan berfoya dengan makhluk di situ. Bedakah?
Bukan tidak pernah membuka mulut, berbuih.
Hidayah Allah itu terlalu mahal, tersangat mahal, dan sungguh mahal.
Bisakah tabir hatinya terbuka agar cahaya itu mampu masuk melewati bengis2 hitam yang hebat menyala?
11.18 am
Sudah aku katakan, yang indah itu leka sementara.
Sudah aku suarakan, yang cantik itu perhiasan semata.
Sudah aku berikan, nilai sayang itu berkira pada manusia.
Sudah aku coretkan, cinta itu berputik dan layu.
Sudah aku potreikan, yang mana batu yang mana permata.
Tetapi…
Aku tertanya sendiri, menyendiri, mencari, aku letih
Kau berlari, atau kau menyepi, atau kau tidak fahami?
Biar aku kejar, masih tak dapat aku gapai
Biar aku ekor, masih tidak di semai
Keliru…
Benarkah aku seorang sahaja yang berseloka? Atau kau jua menyambut persoalan kata?
Benarkah kau hanya diam membisu? Tidak nampak jalan yang satu?
Tidak adil, jika hanyut aku biarkan mendakap hidupmu
Tidak adil buat dirimu yang juga umat Muhammad
Tidak adil buat Tuhanku yang menciptakan kau dan aku
Tidak adil buat agamaku yang suci dan gerap dalam keadilan
Tidak adil buat keluargamu yang menanam sayang dari benih bondamu
Tidak adil buat diriku sebagai khalifah dunia ini
Tidak adil buat pendakwah yang lain yang turut mengejar para du’at
Tidak adil bagi mereka yang masih mengejar syurga
Aku tidak mahu jadi dayus
Pura-pura buta perihal agama
Pura-pura pekak pada kalimah syahid
1.36 pm
Aku bukan niat untuk berpaling dari kebenaran
Tidak sama sekali.
Aku bukan mahu mencuri tiap nafas yang kau hembuskan untuk kebaikan diriku
Tidak sama sekali.
Aku bukan kemut memberi ilmu kifayah yang aku tuntuti
Tidak sama sekali.
Aku cuma, gentar bersuara lantaran robek hati itu berlari dari yang hak
Rebah pun datang mencuri kekuatan
Aku takut putus asa membukit dari hari ke hari
Yang enak kini bertukar pucat dan aku semakin letih meragut jiwa
Tersalah langkah bakal mengolah kecewa
Biar salah, salah, salah untuk di akur
Jangan di tanam, jangan di ukir, kata itu dusta
Aku faham, saat jiwa luntur meragut
Sesak bermandi di medan pendarahan
Cuba mencari tenang dalam sumbat sang jantung
Aku faham, tika hati menjunam langsung
Kebah di pinggiran seksa, sakit sendiri
Cuba bangkit menggapai realiti
Bila kalam ujian tercalit, aku terfikir seribu kali mencari jalan
Mengapa licin urusan tak Dia berikan untuk kau kecapi
Aku tertanya berkali-kali dalam hati
Barangkali perkiraanku menjungkit rasa iri hati, atau syukuri?
Lebih layak kau hadapi ujian begitu, mungkin
Hanya telahan tak memadai, bahkan sebaliknya mampu terjadi
Aku ingin kau tahu sesuatu, sesuatu yang aku simpan lamanya
Bukan perasaan gundah yang bermain
Bukan cita yang bersarang terlekat pada kerongkong
Hanya picisan rasa pada setiap bicara yang kau tutur
Lantas terbentuk sebuah irama merdu dari bayung Ilahi
Hanya pintasan rindu yang aku harapkan
Lantas Tuhan percikkan sedikit olahan buat aku tafsirkan
Aku tahu, ada sesuatu yang Dia ingin berikan
Cuma kau tak benarkan pada hati
Kau tidak mahu terima pada dugaan sementara
Hati kau hanya ingin tenang, dan seronok
Kau ingin tersenyum, gembira dan bahagia
Kau ingin jadi seperti dulu, yang ceria tanpa gudah merata
Kau rindu pada temasya kasih yang subur delima
Segalanya kenangan, manis kata kau
Itu bencana sampah yang kau kejarkan
Ini pula muatan nafsu yang kau siram
Kau mengejar setiap senyuman dan ingin sembunyi dari kesakitan
Tapi kau lupa, iman masih menunggu kehadiran kau menerimanya
Sekali Tuhan halang dari kemewahan, hikmahnya tegar
Hanya buta menapak hati, lantaran leka
Jangan biarkan nafsu atasi akal, aku juga merasa
Bumi ini bulat, walau kau lari masih lalui jalan yang sama
Tiada penghujung andai kau tidak bermula
Kenapa masih buta? Kenapa masih diam? Kenapa masih leka?
Aku kata, ingatkan, benarkan, perlahan aku beri
Aku ingin kau mengerti tiap ayat aku taburkan itu
ada makna yang tidak kau hayati
Terus-terang bisa membalut kepercayaan, tidak mahu begitu
Aku ingin kau faham, hati ini sentiasa berdoa
Setiap sujudku penuh harapan buat hidupmu
Bibit doaku terukir rahsia keindahan dirimu
Cukuplah menyeksa diri, cukuplah
Satu ingin ku katakan, aku katakan dengan redha
Senyuman yang kau perolehi itu, hanya untuk seminit
Esok, senyuman itu hilang dari ingatan, dan tak bernilai
Keindahan yang kau kecapi itu, hanya untuk sesaat
Esok, keindahan itu hancur dan kau terus lupa meninggalnya
Nikmat itu ujian dariNya, jangan kau salah guna kerna binasa menanti
Payah itu dugaan dariNya, jangan kau lari dari merasainya kerna manis bakal kau perolehi, untuk sementara cuma